6.2 campuran
Campuran terdiri daripada dua atau lebih unsur atau sebatian yang bercampur secara
fizikal.
Campuran pepejal
dan cecair
Sesetengah minuman seperti koktel dan
air batu campur diperbuat daripada
campuran pepejal dan cecair.
Kaedah Pengasingan Campuran
Disebabkan campuran terbentuk
secara fizikal, campuran juga dapat
diasingkan secara fizikal.
Sebagai contoh,
sandwic diperbuat daripada roti,
sayur dan daging. Oleh itu, kita dapat
mengasingkan bahan-bahan sandwic
tersebut secara fizikal dengan mudah.
teknik pengasingan campuran kepada
komponen-komponennya.
Teknik pengasingan campuran bergantung pada:
•Sifat-sifat fizik dan keadaan jirim bahan-bahan
yang terkandung dalam campuran
• Bahan yang hendak diperoleh
daripada campuran tersebut
(a) Kaedah Penurasan
Kaedah penurasan digunakan untuk mengasingkan bahan pepejal yang tidak larut
daripada cecair di dalam suatu campuran antara cecair dan pepejal.
Kertas turas memisahkan
serdak kopi daripada air kopi.
(b) Kaedah Penyulingan
Kaedah penyulingan ialah teknik yang digunakan untuk mengasingkan campuran
cecair dan cecair yang terlarut campur dan mempunyai takat didih berbeza.
Minyak wangi dihasilkan melalui proses penyulingan
(c) Pemisahan Menggunakan Magnet
Tarikan magnet boleh digunakan untuk mengasingkan
dua bahan pepejal yang bersifat bahan magnet dan tidak bersifat
bahan magnet.
Besi, nikel dan kobalt ialah contoh logam yang
bersifat bahan magnet.
Emas, gangsa dan aluminium pula ialah
contoh logam yang tidak bersifat magnet.
Paku
besi ditarik oleh magnet
Magnet yang sangat kuat digunakan
untuk mengasingkan besi dan keluli
daripada bahan buangan yang lain
Kebanyakan industri
makanan menggunakan
pemisah magnet untuk
memastikan zarah besi
tidak bercampur secara
tidak sengaja dalam
produk makanan.
(d) Kaedah Pengenapan
kaedah pengenapan boleh digunakan untuk mengasingkan campuran cecair
dan bahan pepejal yang tidak larut dalam cecair itu dan terenap di dasar.
(e) Kaedah Pengapungan
Kaedah pengapungan boleh digunakan untuk mengasingkan bahan yang tidak larut
dan terapung di atas permukaan air.
Sebagai contoh, minyak mempunyai ketumpatan
yang lebih rendah daripada air. Oleh itu, minyak terapung di atas permukaan air.
(f) Kaedah Kromatograf
Mengasingkan jumlah campuran yang sedikit.
Kaedah ini biasa
digunakan untuk memeriksa pemalsuan dokumen dengan
mengasingkan pewarna-pewarna dalam dakwat pen
yang digunakan.
Selain itu, kromatografi juga
membolehkan kita memeriksa jika terdapat
bahan pewarna makanan yang berbahaya
di dalam sesuatu makanan.
Terdapat atlet yang
menggunakan dadah
yang diharamkan untuk
meningkatkan kecergasan.
Sampel air kencing diuji
untuk mengesan kandungan
dadah dalam badan
dengan menggunakan
kaedah kromatografi.
Comments
Post a Comment