6.1 pengelasan unsur

Atom tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana saiznya terlalu kecil. Atom hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop elektron dengan pembesaran sehingga berjuta-juta kali ganda.

What Is an Atom? | Live Science

Atom dan Molekul Atom terdiri daripada tiga zarah subatom, iaitu proton, neutron dan elektron. Proton dan neutron berada dalam nukleus atom manakala elektron beredar mengelilingi nukleus.


Nukleus mempunyai cas keseluruhan positif kerana terdapat proton yang bercas positif di dalamnya. 

Bilangan elektron di dalam sesuatu atom pula adalah sama dengan bilangan protonnya. Oleh itu, atom adalah neutral. 

OneClass: What is a neutral atom?

Zarah neutral yang terbina daripada dua atau lebih atom pula disebut sebagai molekul.


Unsur
bahan yang paling ringkas. 
Unsur tidak boleh diuraikan secara kimia kepada dua atau lebih bahan yang lebih ringkas lagi. 
Terdapat hanya satu jenis zarah dalam setiap jenis unsur
Selain besi, oksigen, hidrogen, aluminium, karbon dan kuprum juga merupakan unsur. 



Sebatian
terdiri daripada dua atau lebih unsur yang bergabung secara kimia
Sebatian terhasil daripada tindak balas kimia. 
Sebatian boleh dihasilkan di dalam makmal atau terhasil secara semula jadi di sekeliling anda. 
Contoh-contoh sebatian ialah aluminium oksida, zink sulfida, besi klorida, gula, air dan garam.
Unsur-unsur dalam sebatian tidak boleh dipisahkan secara fizikal tetapi hanya boleh dipisahkan secara kimia, iaitu dengan menggunakan tenaga elektrik (elektrolisis)





Jadual Berkala



Perbezaan Ciri−ciri Logam dan Bukan Logam 



Logam

Aluminium 
• Boleh ditempa (dibentuk) 
• Kuat dan ringan 
• Pepejal yang berwarna kelabu dan berkilat

Aluminum Extrusion Explained ⋆ AMS Metal

Besi 
• Kuat 
• Mudah ditempa (dibentuk) 
• Bahan magnet 
• Konduktor elektrik yang baik 
• Pepejal yang berwarna kelabu
Cangkul diperbuat daripada besi

33" LIGHT DUTY METAL HOE/ CANGKUL BESI | Shopee Malaysia

Kuprum 
• Kuat 
• Tahan karat 
• Mulur (mudah dibengkok) 
• Konduktor elektrik yang baik 
• Berwarna coklat kemerahan
Wayar kuprum

70 pengeluar kabel kuprum Mm sq - saiz, harga - LUXING baru

Zink 
• Kuat 
• Pepejal yang berwarna kelabu 
• Konduktor elektrik yang baik
Atap zink

Nak Dapatkan Bumbung Terbaik Untuk Kediaman? Wajib Ada 5 Ciri Ini ...


Bukan logam

Iodin 
• Hablur berwarna hitam 
• Beracun 
• Antiseptik (mencegah luka daripada jangkitan bakteria)
Iodin digunakan sebagai bahan antiseptik dalam perubatan

Global Povidone Iodine (PVP-I) Market 2019- Growth Factors ...

Klorin 
• Gas yang berwarna kuning kehijauan 
• Peluntur warna 
• Beracun
Bahan peluntur daripada klorin

Pengertian dan manfaat Klorin – Hisham.id

Sulfur 
• Serbuk pepejal berwarna kuning 
• Beracun
Sulfur dapat membuatkan tayar getah menjadi lebih keras

Rahsia tayar tidak kelihatan | AvtoTachki

Karbon 
• Pepejal berwarna hitam 
• Licin 
• Ringan 
• Unsur bukan logam yang merupakan konduktor elektrik yang baik
Karbon digunakan untuk membuat raket

Jual [Import] Raket 7U Badminton/Bulutangkis Bahan Karbon Super ...

Mata pensel diperbuat daripada karbon

Ukir pensil kerja rumit tapi puas | BHplus | Berita Harian


Antara kegunaan unsur-unsur yang ada di Bumi ini: 

1. Membuat barang perhiasan dengan menggunakan emas, perak dan platinum.

Mengenal Logam Emas Putih Dan Potensi Investasinya - Artikel Emas

2. Digunakan dalam bidang pembinaan, pengangkutan, kesihatan, perubatan, pertanian dan perindustrian. 

Sektor pembinaan tumbuh 0.8 peratus kepada RM35.9 bilion suku ...


Comments

Popular posts from this blog

6.3 sebatian

5.2 Tiga Keadaan Jirim