Posts

6.3 sebatian

Image
Sebatian terdiri daripada dua atau lebih unsur yang bercampur secara kimia.  Bahan baharu yang terbentuk ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berbeza daripada unsur-unsur yang membentuknya. Terdapat banyak contoh sebatian yang kita gunakan dalam kehidupan harian seperti garam, gula, kapur tulis, marmar, politena (sejenis plastik) dan air tulen.  Karat merupakan contoh sebatian yang terbentuk daripada tindak balas kimia antara besi dengan oksigen secara kimia. Permainan blok diperbuat daripada politena , iaitu gabungan karbon dan hidrogen Air tulen terdiri daripada gabungan hidrogen dan oksigen Jubin diperbuat daripada marmar , iaitu gabungan kalsium, karbon dan oksigen logam oksida Magnesium, aluminium, zink, besi dan kuprum b ertindak balas dengan oksigen dan membentuk logam oksida. logam alkali Terdapat unsur logam yang bertindak balas dengan air untuk menghasilkan sebatian yang bersifat alkali dan membebaskan gas hidrogen.  Unsur-unsur tersebut disebut sebagai logam alk

6.2 campuran

Image
Campuran terdiri daripada dua atau lebih unsur atau sebatian yang bercampur secara fizikal. Campuran pepejal dan cecair Sesetengah minuman seperti koktel dan air batu campur diperbuat daripada campuran pepejal dan cecair. Kaedah Pengasingan Campuran Disebabkan campuran terbentuk secara fizikal , campuran juga dapat diasingkan secara fizikal.  Sebagai contoh, sandwic diperbuat daripada roti, sayur dan daging. Oleh itu, kita dapat mengasingkan bahan-bahan sandwic tersebut secara fizikal dengan mudah. teknik pengasingan campuran kepada komponen-komponennya. Teknik pengasingan campuran bergantung pada: • Sifat-sifat fizik dan keadaan jirim bahan-bahan yang terkandung dalam campuran • Bahan yang hendak diperoleh daripada campuran tersebut (a) Kaedah Penurasan Kaedah penurasan digunakan untuk mengasingkan bahan pepejal yang tidak larut daripada cecair di dalam suatu campuran antara cecair dan pepejal.   Kertas turas memisahkan serdak kopi daripada air kopi.  (b) Kaedah Penyulingan Ka

6.1 pengelasan unsur

Image
Atom tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana saiznya terlalu kecil. Atom hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop elektron dengan pembesaran sehingga berjuta-juta kali ganda. Atom dan Molekul Atom terdiri daripada tiga zarah subatom, iaitu proton, neutron dan elektron . Proton dan neutron berada dalam nukleus atom manakala elektron beredar mengelilingi nukleus . Nukleus mempunyai cas keseluruhan positif kerana terdapat proton yang bercas positif di dalamnya.  Bilangan elektron di dalam sesuatu atom pula adalah sama dengan bilangan protonnya . Oleh itu, atom adalah neutral.  Zarah neutral yang terbina daripada dua atau lebih atom pula disebut sebagai molekul . Unsur bahan yang paling ringkas.   Unsur tidak boleh diuraikan secara kimia kepada dua atau lebih bahan yang lebih ringkas lagi.  Terdapat hanya satu jenis zarah dalam setiap jenis unsur .  Selain besi, oksigen, hidrogen, aluminium, karbon dan kuprum juga merupakan unsur.  Sebatian terdiri daripada dua atau le

5.2 Tiga Keadaan Jirim

Image
Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang seni.  Zarah-zarah ini amat kecil sehinggakan tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar mahupun menerusi mikroskop cahaya .  Zarah-zarah tersebut hanya boleh dilihat menerusi mikroskop elektron. Teori kinetik jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang diskret dan sentiasa bergerak pada semua arah . Zarah-zarah jirim sentiasa berlanggar antara satu sama lain . Apabila tenaga haba dibekalkan kepada sesuatu jirim, zarah akan bergerak lebih laju . Sebaliknya, zarah bergerak lebih perlahan apabila disejukkan .  Jirim wujud dalam tiga keadaan yang berlainan, iaitu pepejal, cecair dan gas 1. Cawan seramik berada dalam keadaan pepejal 2. Madu berada dalam keadaan cecair 3. Wap yang terhasil daripada teh panas berada dalam keadaan gas Ais merupakan air dalam keadaan pepejal  Air wujud dalam keadaan cecair pada suhu bilik  Stim merupakan air dalam keadaan gas gas  Ruang antara zarah: Besar  Susunan zarah: Berjauhan a